Wednesday, November 17, 2004
kasih ufuk rindu 14
“Ooo..bukan main lagi gelakkan Rean ya.”
Andrian menampar mesra lengan In yang ketawa mengusiknya akibat insiden didalam tadi.Dia disuruh meninggalkan orang orang tua mereka.Kata mereka biarlah orang tua yang berbincang,Andrian sudah menyuarakan rancangan mereka dan kini biar mereka pula merencanakan apa yang patut.
“Hari tu bukan main lagi.”ujar In,masih menahan sisa tawanya.Namun dihulurkan segelas air buat lelaki itu.
“Rean nak bihun?”Tanya In lagi bila Andrian menyambut gelas berisi minuman yang dihulurkannya.
“Sayang,mulai hari ni In kena belajar panggil Rean abang tau.”kata Andrian tidak mengendahkan pertanyaan In tadi.
“Hah?!”tergamam In mendengar kata kata Andrian itu.Ditelan air liur.Rasa malu menyelinap keseluruh tubuhnya dan menjalar kewajah putih bersih itu.
“Kenapa pulak macam terkejut aje?Memang betul pun.Umur Rean dah masuk 30 tahun tau.In pulak baru 28 tahun.Rean pulak nanti jadi husband In.Kenalah panggil macam tu.”ujar Andrian lagi.Gelihati melihat mulut In yang sedikit ternganga.
Andrihilda yang mencuri dengar ketawa kecil mendengar kata kata abangnya itu.Tanpa sedar tawanya didengari Andrian dan In yang berpandangan sesama sendiri.
“Amboi!Bukan main lagi.Budak budak mana boleh dengar orang tua bercakap.”Andrian bercekak pinggang sambil mempamer reaksi marah pada adik bongsunya itu.Andrihilda cuma ketawa kecil dan cepat cepat berlalu.Tidak mahu menganggu abang dan bakal iparnya berbicara.
“Pandailah Rean tu!Macam ketam mengajar anaknya berjalan.”ujar In.Meletus tawanya bila mengingatkan gelagat Andrian sebentar tadi.
Andrian pantas mendapatkan In yang sedang ketawa.Dipeluknya pinggang gadis itu. Membuatkan tawa In mati.Dadanya berdebar debar bila berada berdekatan dengan Andrian.Susah untuk melenyapkan debaran itu bila Andrian ada disisi.
“Rean!Lepas lah.Mak ada kat depan la.”ujar In.Mahu melepaskan diri daripada pelukan Andrian.Malu kalau mak dan yang lain lain nampak.Apa pula kata mereka nanti.
“Say it first!”ujar Andrian pula.Dipandangnya wajah yang redup didepan mata.Serta merta kasih bercambah mekar.
“Apa?”In menyoal tidak faham dengan maksud Andrian.Nak kata apa?
“Panggil abang!”permintaan Andrian menjadikan In malu.Terasa lidahnya kelu untuk mengungkapkan kata kata keramat itu.
“Tak boleh!”In menggelengkan kepala.Tidak mahu menuruti kemahuan Andrian.
“Kenapa pula?”soal Andrian tidak berpuas hati dengan jawapan In.Diusapnya pipinya perlahan.Mata In yang mendamaikan memukau hati lelakinya.
Perlahan In tersenyum penuh makna.Wajahnya didekatkan kewajah Andrian. Direnungnya sepasang mata coklat itu penuh kasih.Betapa damainya perasaan! Betapa syahdunya hati!
“In cuma akan panggil macam tu lepas kita diijab kabulkan.Rean sabarlah ya?”ujar In berbisik lembut ditelinga Andrian,menjadikan lelaki itu tersenyum penuh makna.
Bulat mata Datin Horsia melihat In yang berselera benar menjamah buah mangga yang baru dipetik dari belakang rumah tadi.
“Tak masamkah In?”tanya Datin Horsia.Dia yang melihat mangga hijau itu pun geli geleman.Tapi In pula dilihatnya hanya bersahaja.
“Tak mama.Sedap.In teringin nak makan sangat.”tersengih In melihat Datin Horsia yang kehairanan.
“Entah entah ada apa apa tak?”tiba tiba Datin Horsia tersenyum simpul.Memerhatikan menantu tersayang yang kelihatan berseri seri sejak kebelakangan ini.
“Apa apa pulak mama ni?”In bertanya kehairanan.Namun Datin Horsia tidak menjawab sebaliknya tersenyum penuh makna,dia menghampiri In dan memeluk erat.Kemudian dia berlalu kedalam meninggalkan In sendirian termanggu mangu.
“Sayang!”Andrian mendekati In yang sedang leka menikmati buah mangga muda.
“Abang nak?”disuanya buah mangga itu pada suaminya.
“Tak mahu la.”Andrian mengelengkan kepala.
“Tau tak apa mama fikir bila tengok In makan buah mangga ni?”soal Andrian penuh makna tersembunyi.
“What abang?”gemersik suara In.Memandang suami yang galak merenungnya penuh kasih.
“Mama ingat sayang pregnant!”luah Andrian.Serentak itu In tersedak.Terbatuk batuk dia mendengar kata kata suaminya itu.Cepat cepat Andrian mengosok belakang badan isterinya itu.Mahu melegakan kesakitan In.
“Abang, I have my period last week,remember?”soal In setelah reda rasa tersedaknya. Berkerut dahinya memandang Andrian yang tersengih dan masih mengusap belakangnya.
“Abang dah cakap dengan mama,tapi mama tak percaya.Dia suruh abang bawa In ke klinik juga.”ujar Andrian.Ditenungnya wajah In penuh kasih.Benar kata mamanya In sejak kebelakangan ini dilihat makin berseri seri.Makin cantik!Benarkah kata kata mamanya itu?
“Tak mahu lah bang.Kalau betul tak apa.Tapi I don’t think so abang.In tak suka tengok abang excited macam ni.Kalau tak betul nanti abang kecewa.”ujar In perlahan.Dia pun mengharapkan kehadiran cahaya mata,tapi dia tidak mahu melihat kekecewaan diwajah Andrian andai nanti keputusannya bukan seperti yang diharapkan.
“Kak In!”tiba tiba Andrihilda datang menghampiri pasangan itu.
“Apa yang Hill bawak tu?”berkerut dahi Andrian melihat adik bongsunya sedang menatang semangkuk makanan yang berasap.
“Ni,semalam kak In kata nak makan rendang dan ketupat.Sebab tu Hill dengan mama masakan.Nak harapkan angah,tak merasalah.”usik Andrihilda sambil meletakan hidangan dihadapan mereka.Sekali lagi kata kata Andrihilda mengejutkan Andrian.Di pandangnya wajah In yang kelihatan gembira.Kelihatan isterinya tidak sabar sabar mahu menjamah makanan itu.
“Sedapnya.”ujar In setelah seketul ketupat masuk kemulutnya.Langsung tidak mempedulikan Andrian dan Andrihilda yang memandangnya.
“Abang nak?”tanya In kemudiannya.Baru menyedari Andrian sejak asyik memerhatikannya.
“Makan tak ingat kat abang.”usik Andrian,tertawa kecil bila In menyuapkan ketupat kemulutnya.
“Abang makan lah.”In dah menolak piring berisi rendang dan ketupat kearah suaminya.
“Eh,tadi kata In nak makan sangat.Baru makan seketul dah tak nak?”pelik Andrian melihat tingkah laku isterinya itu.Tadi beria benar dilihatnya isterinya mahu menjamah hidangan itu.
“In nak makan aje.Dah rasa seketul cukuplah.Sedap sangat mama masak.”ujar In. Semakin pelik Andrian melihat gelagat isterinya itu.Mula mula tadi nak makan sangat. Lepas tu makannya seketul aje terus berhenti.
“Betul sayang tak nak makan lagi?”Tanya Andrian lagi.Melihat wajah In yang tersenyum gembira.Isterinya dah beralih kepada mangga muda semula.Begitu galak mengunyahnya. Andrian telan liur melihat In yang bersahaja.
“Tadi kak In beria ia nak makan.Tapi makan seketul je?”giliran Andrihilda pula kehairanan melihat gelagat kak iparnya.
“Akak dah kenyang la Hill.Dah rasa seketul cukuplah.”ujar In,diusap perutnya.Entahlah bagai ada sesuatu yang mengamit tekaknya saat itu.
Andrian hanya memerhatikan kelakuan isterinya itu.Mata melihat tangan isteri yang mengusap perut.Betulkah kata kata mama?Dia semakin tertanya tanya.
“Mama,mama nampak gemuk!”komen pertama yang diterimanya daripada Haikal dan Danial.Sejak Haikal dan Danial tinggal di sekolah berasrama penuh jarang sekali mereka dapat bertemu.Cadangan Tengku Halija untuk memasukan ke sekolah berasrama penuh merupakan satu cadangan yang baik.
Hubungan mereka kembali bertaut sejak masing masing mula bertolak ansur.Malahan Tengku Halija kerap datang melawatnya dirumah.
Malahan sewaktu majlis perkahwinannya dan Andrian Tengku Hailja paling sibuk membantu.Malahan sanggup menampung kos majlis mereka sedangkan Andrian sendiri lebih dari mampu melakukannya.Entahlah, In tahu Tengku Halija cuba untuk menebus dosa yang dilakukannya pada kakak dan abang iparnya dulu.
“Tapi mama nampak makin cantik kan?”Andrian menyampuk setelah mendiamkan diri sejak tadi disisi isteri kesayangnnya.Digengam erat jemari In.Kasih sayang memekar saat itu.Haikal dan Danial menganggukkan kepala laju.Setuju dengan kata kata Andrian itu.
“Papa jangan lah kasi mama makan banyak sangat.Nanti jadi macam auntie Fidah!”tiba tiba Haikal bersuara.
Tawa Andrian dan In meledak mendengar kata kata Haikal itu.Terbayangkan Fidah yang kini sedang mengandungkan anak keduanya.Hampir sembilan bulan,sudah sarat benar temannya itu.
“Kalau mama jadi macam auntie Fidah tak cantiklah ya?”usik In.Memandang anak kembar yang ketawa lucu.Hanya membiarkan Andrian yang tersenyum penuh erti.
“Cantik,cuma Ikal tak nak mama gemuk macam tu.Susah nak main kejar kejar.”ujar Haikal lagi.Danial pula ketawa kelucuan.
“Danny!Ikal!”panggilan teman pasangan kembar itu menganggu perbualan mereka. Waktu melawat telah tamat.
“Mama,kami masuk dulu ya?”pinta Haikal dan Danial serentak.Mula mendekati In dan Andrian.Bersalaman sebelum masing masing berpelukan seketika.
“Kenapa dengan abang ni?”In pelik melihat Andrian yang tertawa kecil sejak tadi. Senyuman tidak lekang dari bibir suaminya itu.
“Betulkan abang cakap.In nampak lain.Haikal dengan Danny pun tengok In dah gemuk sikit.”ujar Andrian.Saat itu mereka dah pun sampai dihadapan rumah banglo yang menjadi teratak menyemai kasih mereka.
“Kalau In gemuk abang tak sayang In lagi la.”marah kedengaran suara In.Geram mendengar kata kata suaminya saat itu.Tiba tiba rajuknya makin menjadi jadi. Kecil hati mendengar kata kata Andrian saat itu.Sebaik saja pintu dibuka dia meluru masuk kedalam rumah.Tangga dipanjatnya menuju kebilik.Pintu bilik dihempas kuat.Rasa marah membuak buak saat itu.Meninggalkan suami yang terpinga pinga tidak mengerti dengan tingkah lakunya.
Andrian kehairanan melihat tingkah laku In.Tersilap kata kah aku?Pantas dia berlari memanjat anak tangga menuju kebilik mereka.Dari luar terdengar esakan isterinya mendayu dayu.Rasa bersalah menyelubungi hati saat itu.Bertambah pelik melihat gelagat In saat itu.Selama ini tidak pernah isterinya marah sampai begitu sekali.Kalau merajuk pun merajuk sayang.Tapi kini lain benar dilihat In.
“In buka pintu sayang.Apa yang tak kena sayang?Abang minta maaf.Abang tak bermaksud nak sakitkan hati In.Takkan kerana perkara kecil ni In merajuk dengan abang.”Andrian memujuk lagi.Gusar mendengar sedu sedan isterinya saat itu.
Perlahan lahan dipulas tombol pintu bilik mereka.Sayu melihat In menangis sambil memeluk lutut disisi katil mereka.Air mata mengalir dari mata
menawan itu.
“Abang!”In bingkas bangun,berlari mendapatkan Andrian.Semakin pelik Andrian melihat gelagat isterinya itu.Pening kepalanya.
“Syh….jangan menangis macam ni.Abang sayangkan In tak kira apa yang berlaku sayang.Tadi tu..abang bergurau aje.”ujar Andrian memeluk erat tubuh isteri yang terhenjut henjut menahan tangisnya.
“In minta maaf!In tak tahu kenapa In marah bila abang cakap macam tu.In takut abang tinggalkan In.”dalam tangisan In berbicara.Sesungguhnya dia takut andai Andrian pergi meninggalkannya.Dalam dirinya kini cuma tersimpan cinta buat lelaki itu.Lelaki yang menjadi suaminya kini.Dirinya dipenuh nama lelaki itu,tidak akan ada insan lain yang mampu menyintainya seperti suaminya mengasihi dirinya.
“Sayang!Jangan fikir macam tu.In tahukan,cinta abang hanya pada In.Hidup ni takkan bermakna tanpa In.Abang sanggup tunggu bertahun tahun lalu untuk membina kehidupan bersama In.Bukan untuk meninggalkan In.”disapu air mata isteri yang mengalir.Dikucup pipi isterinya lembut.
“Janji dengan abang?”pinta Andrian tiba tiba.Menyedarkan In dari lamunannya. Memandang wajah suami penuh kasih.
“Apa bang?”lembut suara itu.Tiada lagi tangisan yang menganggu.
“Jangan sekali kali fikir yang abang akan tinggalkan In.”ujar Andrian.Merenung penuh kasih ke dasar hati isterinya itu.Renungan mata itu bagai memukau In.Betapa indahnya perasaan saat itu!
“Janji dengan abang sayang.”kata kata Andrian mengejutkan In dari lamunannya.
“In janji!”ujar In perlahan.Kembali memeluk tubuh suami.
“In takkan tahu betapa sukarnya untuk abang menerima hakikat abang kehilangan In empat tahun dulu,sayang.Abang menyintai In sepenuh hati.Abang tak sedar bila perasaan itu muncul dalam diri abang.Tapi yang pasti hanya In yang mampu mewujudkan rasa cinta dalam hati ni.”ujar Andrian.
Dia mahu mengulangi semula memori lalu.Dia mahu In mengerti kesedihan yang ditanggung waktu dia kehilangan In dulu.Dia mahu In faham yang tak mungkin dia akan meninggalkan isterinya itu andai dalam dirinya dipenuhi kasih yang menggunung buat wanita itu.
“In tak tahu macamana perasaan abang waktu tu.Abang tak pernah cerita pada sesiapa pun.Tidak pada along,mama mahupun papa.Tak ada orang yang tahu perasaan abang waktu tu.Sukar nak gambarkan.
Dalam kecewa abang cuba bangkit bina kehidupan.Abang cuba teruskan hidup tanpa In disisi.Abang tahu,hanya abang yang menyintai In waktu tu. Dan abang doakan kebahagiaan buat In.Abang mahu In bahagia dan gembira disamping Zaidi.Abang tahu Zaidi mampu membahagiakan In.”penuh kepayahan Andrian mengungkapkan kembali memori lalu.Tapi dia harus melakukannya.Dia mahu menyakinkan In yang dia takkan sekali kali meninggalkan isteri kesayangannya itu.
“Hanya Tuhan aje yang tahu betapa sedihnya abang waktu itu.Waktu di New Zealand abang ingat abang mampu lupakan In.Tapi abang silap.Keindahan tempat orang tak mampu membuatkan abang lupa pada In.Malahan kasih sayang itu menjerut abang buat sekian kalinya.
Lantas abang berazam,membiarkan kasih itu terus mekar.Membiarkan cinta itu terus wujud dalam hati ini.Saban hari abang mendoakan kebahagiaan In.”wajah isteri diusap penuh kasih sayang.Satu ciuman singgah ke ubun ubun In.
“Abang rasa marah sangat.Rasa benci mendongkol bila dengar along cerita Zaidi nak kawin dengan Julia.Abang tertanya tanya apa yang berlaku pada hubungan In dan Zaidi.
Kalau diikutkan hati yang membara waktu itu abang mahu pulang meminta penjelasan dari Zaidi.Tapi abang tahu,abang akan hanya mengusutkan keadaan bila abang dapat tahu Zaidi marahkan In bila lihat gambar waktu kita keluar dari Mutiara Hotel dulu.Abang terkaku waktu tahu perkara tu.Sebab tu abang desak along menemui Zaidi,abang mahu along menjelaskan segala galanya.Abang tak mahu In menderita hanya kerana kesalahan yang tak pernah In lakukan.
Abang rasa betapa bodohnya Zaidi saat itu.Tak kenalkan lagi dia pada diri In yang selama ini dipujanya?”Terkaku In mendengar butir bicara suaminya itu.Selama ini yang mengembalikan Zaidi padanya semula waktu itu adalah Andrian! Ya Allah!Alangkah sucinya kasih dia kepada ku.Bisik In perlahan.Rasa kasih pada suami menebal saat itu.
“Abang lah orang paling gembira lepas tahu perkahwinan Zaidi dan Julia dibatalkan. Abang benar benar gembira In.Saat itu memang tak ada rasa cemburu dalam diri abang. Yang ada,yang tergambar dalam diri abang waktu itu cuma kebahagiaan In. Itu aje.Tak ada yang lain sayang.”
In dapat melihat sebuah kejujuran diwajah Andrian.Dipeluknya suami penuh rasa cinta yang membara.In akan bahagiakan abang!Sungguh bang,bisik hati kecilnya.
“Tapi sesungguhnya Allah masih mahu menduga In lagi.Abang tahu In pasti kecewa lepas abang dapat cerita yang Zaidi meninggal dunia.Abang berusaha,meminta along mencari In bila In dan mak tiba tiba bagai menghilangkan diri.
Dan lepas tu hampir tiga tahun abang menantikan berita dari along akhirnya along beritahu berita yang paling abang tunggu tunggu selama itu.Along dah jumpa In.Ingat tak waktu along dan kak Maya terserempak In dan anak anak kita?”tanya Andrian,In hanya mampu menganggukan kepala.
Selebihnya dia terpukau,alangkah indahnya bila Andrian menyebut anak anak kita.
“Abang rasa happy sangat.Masa abang dapat master pun tak ada rasa happy macam tu sekali.Kalau boleh masa tu jugak abang nak terbang balik ke Malaysia.
Tapi abang ada tanggungjawab.Sedaya upaya abang selesaikan semua kerja kerja abang dalam masa sesingkat yang boleh supaya abang dapat segera pulang.Abang tahu kali pertama abang jumpa In malam tu.In bukan lagi In yang abang kenal dulu.Malam tu abang bagai melihat gadis lain.Betapa sedihnya abang waktu itu,hanya Allah yang tahu.”penuh mesra dipeluk erat tubuh In.Perlahan lahan diusap rambut isteri yang panjang mengurai.
“Kemudian perlahan lahan abang mahu membantu In.Abang mahu In jadi semula In abang yang hilang dulu.Abang bersyukur akhirnya bila In kembali seperti dulu.Dalam diam abang masih menyintai In.Tapi entahlah…takut bila memikirkan kalau In menolak abang lagi.Tapi bila mama menyakinkan abang.
Sedaya upaya abang mendekati In.Malam itu bukan mudah sayang.Bukan mudah untuk abang melafaskannya sekali lagi.Dalam takut ada gementar.Dalam kegusaran abang dibayangi kekecewaan lalu.Abang takut kalau In menolak abang.Abang rasa macam nak pengsan bila In lari malam tu.”tiba tiba Andrian tertawa kecil.In turut sama ketawa.Kelakar bila diingatkan malam itu.
“Tapi abang kuatkan semangat.Abang kejar In.Abang mahukan jawapan dari In.Abang tak peduli kalau In menolak,apa yang penting abang nak tahu jawapan dari In.
Dan abang bersyukur bila In sudi terima abang.Abang rasa abanglah manusia paling bertuah dalam dunia ni.Sukar nak gambarkan perasaan ni sayang.Andai In lihat tak ada sesiapa lagi dihati abang.Hanya In saja yang ada disini.”In membawa jari jemari isterinya kearah dadanya.Terharu In mendengar butir bicara Andrian.Tidak pernah dia mendengar luahan seikhlas itu seumur hidupnya.Perlahan air mata menuruni pipi.
“Maafkan In bang.In sangat sayangkan abang.In minta maaf.Sampai macam tu sekali pengorbanan abang pada In.In minta maaf.In takkan ragu ragu lagi pada abang.In tak tahu kenapa In sensitif sangat hari ni.In tak tahu kenapa In jadi macam ni.In kecil hati bila abang usik In macam tu”ujar In sayu.Terasa bersalah dengan kelakuannya sebentar tadi. Belum pernah dia bertindak sekasar itu pada sesiapa pun.Alangkah berdosanya dia apatah lagi bertidak begitu pada suaminya sendiri.
“Abang tak pernah marah kan sayang.Abang cuma mahu In tahu,satu satu penghuni hati abang adalah In.Takkan ada sebelum atau pun selepas sayang.”diseka air mata In yang mengalir.Perlahan lahan bibirnya menyentuh pipi isterinya.Kasih sayangnya pada wanita itu sukar untuk digambarkan.Susah untuk diungkapkan.
“Abang!”panggil In.Memerhatikan suaminya yang terlena disisinya.Tiba tiba terasa bersalah pula mahu mengejutkan Andrian yang sedang tidur lena.Di kerlingnya kearah jam yang baru merangkak ke angka lima.
“Abang tidurlah.In nak ke pasar.”bicara In perlahan.Perlahan lahan In bangkit dari katil. Dia menuju ke bilik air.Menukar pakaian,sekelipan mata saja sudah tersarung jeans dan kemeja ditubuhnya.
Entah kenapa sejak semalam hatinya bagai ditarik tarik mahu menikmati hidangan istemewa,ketam masak lemak cili padi yang selama ini dia tidak teringin langsung mahu menjamahnya.Malahan rasa alergik yang menghinggapi tiap kali dia memakannya menjadikan sudah terlalu lama dia tidak menyentuh makanan laut itu.
In telan liur yang mengecur,dia tidak peduli sedangkan selama ini belum pernah dia kepasar seorang diri apatah lagi subuh subuh begini.Terlupa langsung mahu memberitahu pada suaminya.Sedapnya!Bisik hati kecil In.
Lantas dia segera mengenakan tudung.Kunci kereta dicapai tapi telefon bimbitnya dibiarkan sepi.Tidak perasan langsung kewujudan telefon bimbitnya sedangkan telefon itulah yang dicari waktu mahu meninggalkan rumah sebelum ini.
Berkerut dahi In bila melihat beberapa biji kereta yang biasa dilihatnya sedang tersadai dihadapan rumahnya.Awal lagi.Bisik hati kecilnya bila dilihat jam baru menunjuk pukul 7 pagi.Kenapa diaorang ramai ramai ni?Hati dipalu tanda tanya.
“In!”terjerit Puan Zainon memanggil anak gadis kesayangannya.Serentak itu Andrian keluar meluru mendapatkan isterinya.
“Kenapa bang?Kenapa ramai ramai ni?”pelik In sekali lagi bila Andrian memeluknya erat.
“Abang sihat?”tanya In lagi.
“Mana In pergi nak?”soal Datin Horsia lembut.
“In kepasar mama.Kenapa mama dan mak ada disini?”Hairan melihat mereka yang timbul pagi pagi lagi dirumah mereka.
“Ya Allah!Budak bertuah ni.Kalau iya pun kepasar bagi taulah suami kamu tu.” Tergeleng geleng kepada Datuk Andikairul dengan gelagat anak menantunya itu.
“Apa ni mak?”giliran Puan Zainon pula yang disoal In.
“Kenapa tak kejutkan abang?In buat abang risau.Abang sedar pukul 6.00 tengok In tak ada.Call handset In tinggalkan dirumah.In buat abang cemas!”terjawab sudah pertanyaan In saat itu.
Meledak tawa In serta merta.
“In kepasar aje bang.”ujar In memandang wajah suami yang serius merenungnya. Marahkan suaminya itu?
“Lain kali bagi tau lah Rean.In buat dia risau.Kelam kabut kami dibuatnya.”ujar Datuk Farhan yang sejak tadi menjadi pemerhati.
“Abang ni melebih uncle.In keluar kejap pun tak boleh.”ujar In ketawa kecil melihat wajah suami yang menahan geram.
“Mama,In beli banyak lauk tau.Lepas ni mama dengan mak masak lauk untuk In ya?”soal In mesra sambil membuka bonet kereta.Mengeluarkan lauk pauk yang dibelinya tadi.
“Banyaknya!”ujar Andrian tergamam melihat beg plastic yang memenuhi ruang kereta isterinya itu.
“In beli banyak abang.Tak tahu nak pilih apa.In terasa nak makan sea food.Mama dan mak boleh masak untuk In kan?”soal In manja sambil tersenyum senang melihat mama dan maknya mengangguk.
“Abang!”ujar In lembut bila Andrian memeluknya dari belakang.Dia baru saja menanggalkan tudung saat itu.
“Kenapa buat macam tu?”soal Andrian serius memandang wajah In disisi.
“Abang marah ke In beli barang banyak sangat?”ujar In,ada nada yang sukar diungkapkan saat itu.
“Bukan macam tu.”kata Andrian.Dilihat wajah isteri yang bagai menahan tangis.
“Kenapa ni sayang?Abang tanya macam tu pun sedih sangat ni?”lembut suara Andrian saat itu.Semakin pelik melihat kelakuan isterinya itu.
“Abang tak marah kalau In beli barang banyak mana sekali pun.Tapi bila In hilang macam tu aje,walaupun ke pasar,In buatkan abang risau!Lain kali kejutkan abang.”
Pujuk Andrian lembut.Memeluk erat tubuh isterinya.
“In tak nak susahkan abang.In tengok abang lena sangat.Tak sampai hati nak kejutkan abang.”ujar In tenang.Betapa damainya berada dalam pelukan suaminya saat itu.
“Abang tak suka In buat macam tu.Kan abang dan In dah jadi suami isteri.Kita berkongsi segalanya sayang.Dah jadi tanggungjawab abang temankan In kepasar.”ujar Andrian lagi.Satu ciuman hinggap ditengkuk isterinya itu.
“Abang lepas la.In nak mandi.”ujar In bila Andrian masih tidak merenggangkan pelukannya.
“Tak mau.Abang nak hukum In sebab buatkan abang risau.”usik Andrian lagi.Sengaja mengeratkan pelukannya.
“In busuk tau.Bau ikan je ni.”ujar In.Gilirannya pula mengusik si suami.
“Abang tak peduli.Busuk busuk pun isteri abang jugak!”ujar Andrian lagi.Sengaja tidak mahu melepaskan isterinya.In hanya membiarkan saja suami memeluknya.Seketika dia hanyut dalam pelukan hangat suaminya itu.
“In!Rean!”panggilan dari tingkat bawah mengejutkan suami isteri yang leka menyemai kasih sejak tadi.Serentak itu terlerai pelukan Andrian.
“Ala mama tu kacau daun la.”rungut Andrian manja.In tertawa kecil memandang suaminya.
“Abang turunlah.Nanti apa pulak kata mama dan mak.In nak mandi kejap.”ujar In lantas mencapai tuala menuju kebilik air.
In sekali lagi menyendukkan nasi ke dalam pinggannya.Kali ini dah masuk kali ketiga ditambah nasi kepinggannya.Langsung tidak mengangkat muka menjamah masakan mak dan ibu mentuanya.Ketam yang diidamkan dah tiga ekor ditelannya.Sedap tak terkira rasanya.
“In?”Puan Zainon memanggil anak tunggalnya.Hairan melihat gelagat In yang begitu berselera menjamu hidangan.
“Ada apa mak?Mak nak nasi?”soal In tanpa memandang wajah ibunya itu.Dia masih leka menikmati makanannya.Tetapi tangan tetap menghulur mangkuk nasi pada Puan Zainon.
“Sayang.”Andrian berbisik perlahan.Memandang In yang kelihatan selera benar.Tahulah masakan tu sedap tapi takkan tak kenyang lagi.Dia sendiri pun bertambah dua kali je,dah terasa kenyang sangat.
“Biarlah dia makan cik besan.”ujar Datin Horsia tersenyum penuh makna.Dia bagai telah dapat meneka sesuatu sejak melihat In begitu bersahaja mengunyah buah mangga muda di rumahnya minggu lalu.
“Sedap la mak dengan mama masak.In rasa selera sangat.”ujar In bersahaja.Tidak mengendahkan senyuman Andrian yang kelihatan hairan melihatnya.
“Dah tiga kali In tambah tau.”Puan Zainon bagai cuba mengingatkan In.
“Sedap mak.”sejak tadi itulah yang diucapkan.Tidak mengambil pusing pada mata yang memandang terus dia mengambil seekor lagi ketam diletakan kedalam pinggannya. Kelakuannya itu menyebabkan mereka yang lain melopong melihat.
“Pelik abang tengok kelakuan sayang sejak kebelakangan ni.”tiba tiba Andrian bersuara menyentakan In yang leka berkhayal.Terleka seketika bila mendengar degupan jantung suaminya.
“Apa abang ni?”ujar In kembali.Dia hanya tersenyum.
“Abang ingat lagi,dulu In pernah kata alergik pada sea food kan?”ujar Andrian lagi. Memang benar,dia ingat sangat itulah yang dikatakan In padanya waktu mereka bercuti dulu.
“Betul.”ujar In kemudian dia ketawa kecil.Kalau ada makanan laut yang boleh dijamahnya cuma ikan.Yang lain lain tak boleh.
“Dah tu kenapa makan juga?”hairan dia melihat isteri kesayanganya itu.
“Tak tau.Yang In tau tiba tiba masa In tersedar pagi tadi In nak makan ketam masak lemak cili padi.Itu aje!Sebab tu In sampai lupa nak nak ambil telefon In.”luah In.Saat itu tangan sudah mula menggaru lengannya.
“Sampai lupa dekat abang sekali?”tanya Andrian redup memandang In yang tersenyum malu bila direnung begitu.
“Ni kenapa pulak?”Andrian bingkas bangun bila melihat In mula mengaru garu lengannya.
“Kan In kata In alergik!”tekan In,mengingatkan si suami.Dia mula menggaru,gatal sangat rasanya.
“Ya Allah!In buat abang pening.”ujar Andrian menepuk dahi.Ketawanya meledak.Wajah isteri dicium dengan kasih sayang yang sarat.
“Jom kita pergi klinik!”ujar Andrian.Segera menarik In bangun.
“Tak mau lah bang.”In menggelengkan kepala.Dipandangnya wajah Andrian sengaja memancing simpati suaminya itu.
“Abang tak nak nanti In tak boleh tidur malam ni.”ujar Andrian lagi.Tangan isteri digengam kemas.
“Tak nak.In takut jumpa doktor.”tiba tiba In rasa ngeri bila mendengar Andrian menyebut perkataan klinik.Entah mengapa!
“In kena pergi jugak.Tengok tu dah merah tangan tu.”ujar Andrian sedikit tegas,mulut dimuncungkan kearah tangan In yang sudah merah akibat digaru.
“Abang!In tak nak!Krim In ada kat dalam laci tu.Lepas sapu baiklah nanti.”In masih berdegil.Tidak mahu keklinik.Rasa takut menyelubungi dirinya tiba tiba saja.
“Jangan degil cakap abang!”kali ini Andrian pula bersuara sedikit keras.Geram dengan gelagat In yang masih tidak berganjak dari duduknya.
“Abang tak faham ke?Kan In kata tak nak!”In membalas dengan nada suara yang sama.
“In,dengar cakap abang sayang.Abang tak mahu In sakit.”ujar Andrian dengan suara yang dilembutkan.Menatap wajah isteri yang kelihatan semakin berseri seri sejak kebelakangan ini.
“Kalau abang sayangkan In jangan bawak In ke klinik.Abang sapukan aje lah krim tu. Nanti baiklah.In tahu abang sayang sangat dekat In.Please ya,bang?”
In bersuara manja dia sudah memeluk erat Andrian.Dilentokan kepala kedada bidang suaminya.Entah mengapa Andrian terkaku dengan tindakan isterinya.Saat itu dia sedar dia kalah tanpa bicara.
“Dah okey In?”gusar kedengaran suara Andrian saat itu.Diusapnya perlahan bahu isteri yang sedang menahan sakit.
“Sakitlah bang.”ujar In perlahan.Entah mengapa kepalanya terasa berat.Tak kan lah kerana makan ketam semalam sampai dia sakit kepala macam ni?
Seingatnya kalau dia makan pun paling paling cuma terasa gatal aje.Tak pernah pula diserang sakit kepala sampai macam ni sekali.
“Kita ke klinik ya?Abang dukung In ya?”sekali lagi Andrian memujuk.In hanya menggelengkan kepala mendengar kata kata suaminya itu.Dia hanya memejamkan mata sahaja.
“Takkan lah sayang makan ketam semalam alergik sampai macam ni?”tanya Andrian pula.Kalau sampai macam ni sekali sakitnya tak berbaloi makan.
“Kejap lagi okey lah ni bang.In tidur kejap ya.Abang pergilah pejabat.In tak apa apa.” Ujar In lagi.Dia tersenyum mendengar kata kata Andrian yang bagai dapat membaca apa yang difikirkannya saat itu.
“Tak apalah.Abang dah call along tadi.Abang cuti hari ni.Abang temankan In.”
Di picit kepala In perlahan lahan.Lama sehinggalah In terlena.Diperhatikan wajah In yang sedang nyenyak tidur.Betapa kasihnya pada wanita itu sukar untuk dilukiskan.Kasih sayang yang bagaikan tidak pernah surut.
“Kali pertama abang jumpa In,abang tahu hanya In aje yang ditakdirkan jadi isteri abang.” Andrian berbisik lembut.Senyuman mekar terukir buat wanita itu.Dikucup dahi In lembut sebelum dia mengambil tempat disisi In.Mahu merehatkan diri disisi isterinya itu.
“In,makan bubur sayang.”Betapa leganya rasa bila dilihat In yang telah mula mengukir senyum.Tadi dirasanya dahi In panas,tapi alhamdulillah.Mudah pula surut demamnya. Isterinya kelihatan bagai telah sihat benar.
“Abang,biarlah In layan abang.Abang duduk pula.”ujar In.Dia mahu bangun namun Andrian hanya menggelengkan kepala.
“Kan In demam.”kata Andrian bagai cuba mengingatkan In.
“Dah baiklah bang.Macam magik pulak kan.Tadi In rasa tak larat benar.Tapi sekarang In rasa segar.”ujar In pula.Dipautnya lengan suami mesra.
“Abang masak ke?”tanya In bila dilihat semangkuk bubur yang dibawa suaminya tadi.
“Rasalah.Sedap tau.”tersenyum Andrian mendengar pertanyaan isterinya itu.Tersenyum melihat gelagat isteri yang manja sejak kebelakangan ini.
“Betul abang masak?”tanya In bagai tidak percaya.Selama ini suaminya itu begitu liat kalau disuruh masuk kedapur.Kalau ada pun yang rajin ditolongnya cuma mengemas rumah dan membersihkan taman dihadapan rumah mereka.
“Kenapa pulak ni?”tergelak Andrian melihat isterinya yang kelihatan pelik.
“Macam tak percaya pulak.”In ketawa kecil.Namun mulut dibuka bila Andrian menyuakan sudu berisi bubur kemulutnya.
“Sedap tak?”
“Mmm..”In kelihatan seolah olah berfikir seketika.
“Hai…abang baru tanya bubur tu sedap ke tidak sayang.Bukannya abang tanya boleh tak kawin satu lagi.”usik Andrian bila In lama berfikir untuk menjawabnya.Dia kenal hati isterinya itu,tentu ada yang difikirkan untuk mengusiknya.Jadi biarlah dia pula yang mengusik dulu.
“Amboi!!Ada hati nak kawin lagi?”satu cubitan hinggap dilengan suaminya.Kedengaran Andrian mengaduh sambil ketawa.In menarik muka masam.Terguris dengan kata kata Andrian.Entah mengapa dia tahu suaminya hanya bergurau tapi terasa berbekas dihatinya.Dia dah menolak mangkuk bubur,bangun melarikan diri dari Andrian.
“In!”panggilan suami tidak diendahkan.Dia terus keluar dari bilik mereka,berjalan ketingkat bawah.Tidak peduli dengan suaminya saat itu.Air mata yang mengalir tiba tiba dibiarkan saja.Entah bila In tidak sedar,saat itu di dah berada diluar rumah mereka.
“Sayang!”Andrian menjerit memanggil isterinya bila dilihat In bagai ingin jatuh menyembah bumi.Pantas dia berlari mendapatkan In yang hampir terjelepuk dihalaman rumah mereka.
“In!Kenapa sampai jadi macam ni?Abang bergurau aje.”Andrian bersuara sebak melihat keadaan isterinya saat itu.
Rasa kesal bertamu saat itu.Dia tahu isterinya itu mudah merajuk sejak kebelakangan ini dan tidak sepatutnya dia mengusik lagi.Kereta dipandu laju menuju ke hospital.Dia mahu segera sampai.Pelbagai rasa berkecamuk bila melihat In yang tidak sedarkan diri.
Luluh hatinya melihat In yang terbujur kaku tidak sedarkan diri.Takkan kerana perkara kecil sampai isterinya merajuk begitu,dia tertanya sendirian. Mungkin benarkah kata kata mama tempohari?Direnung wajah isteri penuh kasih.
“Itulah lain kali jangan cepat sangat nak merajuk!Kesian kat suami kamu tu.Asyik risau aje.Nanti mak takut In dah baik,Rean pulak kena tinggal kat sini.Pasal penat asyik memujuk In aje.”leter Puan Zainon,dia mengusap anak manjanya itu.
“Betul tu kak In.Hill rasa angah ni dah macam orang tak betul aje masa mula mula kita orang tak tau keadaan akak.”sampak Andrihilda sambil ketawa kecil.Dia memeluk erat kakak iparnya itu.
“Jangan buat macam tu lagi ya?Mama boleh jadi saksi In yang Rean hanya sayangkan In aje.”ujar Datin Horsia pula gilirannya pula memeluk menantu kesayanganya itu.
In hanya menganggukan kepala.Mengakui kesilapan diri.Dipandangnya wajah suami yang hanya tersenyum dimuka pintu sambil berbual bual dengan uncle dan bapa mentuanya.
“Baik mama.In takkan buat macam tu lagi.”In bersuara lembut.Tidak sabar mahu berada dalam pelukan suami.In cintakan abang!Dalam hati bergema ungkapan itu.Dia sedar kasih sayangnya buat suaminya tidak terhitung,tidak tergambar dengan kata kata.
“Papa balik dulu ya In.”Datuk Andrikairul dan Datuk Farhan menghampiri In.In tunduk menyalami kedua lelaki separuh abad itu.
“Rean,jaga isteri kamu baik baik.Papa tau sangat perangai kamu yang kuat mengusik tu. Jangan mengusik In lagi.Papa dapat tahu nanti,jaga kamu.”In bagai ingin ketawa mendengar kata kata bapa mentuanya yang bagai mengugut suaminya itu.
“Dah puas hati tengok abang kena marah?”ujar Andrian dengan nada mengusik.Dirapati isteri yang tersenyum melihatnya,duduk disisi isterinya itu.
“In minta maaf ya.Kesian kat abang.”In bersuara manja.Rasa kesal kerana terlalu mengikut rajuk yang menjadi jadi sejak kebelakangan ini.Dia bangun,memeluk suami yang duduk disisinya.Lama mereka begitu.
“Apa perasaan anak anak kita nanti ya?”soal Andrian pula.Dikucupnya dahi isteri lembut sebelum kembali merangkul In dalam pelukkannya.
“Kenapa pula?”soal In lembut.Rasa bahagia melingkari mereka saat itu.
“Iyalah bila tengok nanti mama mereka jadi gemuk macam auntie Fidah mereka tu.” Terhambur ketawa In mendengar usikan suaminya itu.Untuk seketika mereka sama sama menikmati suasana itu.Menikmati kebahagian milik mereka sebelum Andrian kembali bersuara.
“Patut lah macam macam perangai pelik yang In buat sejak kebelakangan ni.”ujar Andrian tersenyum senang.Dipeluk isterinya penuh kasih sayang.Tiba tiba teringat pada kata kata mamanya dulu,rupa rupanya telahan mamanya selama ini benar belaka.
“Abang tak boleh salahkan In.Bukan salah In.”ujar In tertawa kecil.Pelukan dileraikan. Diusap lengan suami perlahan.Dia bagai tidak percaya bila doktor mengesahkan dia sedang mengandungkan benih suamiya.Dah masuk bulan kedua.Rupa rupanya di bunting pelanduk.Teringat segala kelakuannya selama ini.Kesian suaminya!
“Dah tu nak salah kan siapa?”tanya Andrian masih mahu mengusik.
“Tanyalah anak abang.”In bersuara perlahan.Rasa malu menyimbah wajah saat itu.Dia hanya tersenyum penuh erti.
“Anak abang?”soal Andrian romantis,dipandang wajah In kemudian tersenyum bahagia. Direndahkan tubuhnya,perut In diusap perlahan.
“Anak papa ni belum keluar lagi dah ikut perangai mama ya?”bersahaja Andrian berbicara sambil mengusap kasih perut isteri yang tersemai cinta mereka.
“Abang!”In ketawa mendengar kata kata suaminya itu.Betapa sukar mahu diungkapan rasa bahagia melihat kelakuan suaminya saat itu.Terimbau kembali pertemuan pertama bersama lelaki itu.Dia bagai tidak percaya lelaki ego yang ditemuinya didalam lif satu waktu dulu mampu mengasihinya sebegitu rupa.
Ah..alangkah bertuahnya In kerana memiliki abang.Bisik In dalam hati,bergegar rongganya mendengar ungakapan itu.
“Sayang abang?”Andrian menyoal bila dilihat In merenungnya penuh kasih.Satu perasaan yang sukar untuk dibicaranya.Tangan In dikucup mesra.
Soalan Andrian yang menampar pendengarannya menyedarkan In ke dunia nyata.
“I love you more than anything abang.Susah nak gambarkan rasa cinta In untuk abang. Lebih dari apa yang In pernah rasa pada arwah abang Zaidi dulu.Kasih sayang In untuk abang lahir dari lubuk hati In yang paling dalam.Cinta untuk abang bagai rembulan yang tetap akan bersinar diufuk itu walaupun sering dihalangi awan gemawan.”
Andrian bagai terbang diawan biru mendengar bicara romantis yang pertama kali didengarinya.Belum pernah In mengungkapkan kata kata seindah itu buatnya.
Ditatap wajah In penuh kasih sayang.Dia tersenyum bahagia.Berdoa yang dia takkan kehilangan isteri kesayangannya itu.Cukuplah sekali dia kehilangan In empat tahun dulu.Sukar mahu meneruskan kehidupan tanpa In.